Friday, July 31, 2009

Terima kasih..

Ari ni baring2 guling2 bertemankan laptop(yela nk kuar bilik xleh kene kuarantinla katakan) aku nk amik peluang ini untuk berterima kasih..

Aku nk berterima kasih pada family aku yang sentiasa ada untuk aku..Yang sentiasa menceriakan aku,mengubat hatiku yang ada ketikanya rawan..Yang pabila aku menangis dengan esaknya dihadapan mereka pasti akhirnya aku kn kembali tersenyum..Yang walaupun ada ketikanya mereka xmemahami tetapi tetap mereka akan setia menemani..Yang ketawa dan menangis denganku..Yang tidak akan meninggalkanku, menerimaku, memaafkan aku walaupun sejuta kesalahan telah kubuat..Terima kasih..

Aku nk berterima kasih pada sahabat2 yang setia dengan aku..Aku tau aku ni bukanla org yang baik sangat..Mulut jahat..Cakap main lepas..Tapi terima kasih kerana sudi menerima aku..Sudi menegur aku dikala silap dan salah..Memaafkan aku tikanya aku tersalah..Menemani kalanya aku kesunyian.Mendengar celotehku yang entah bila kan berhenti..Yang paling penting kerana jujur denganku..Tidak bermuka2 dan sentiasa bersemuka denganku xkira tentang apa pn..Terima kasih..

Paling utama aku berterima kasih pada Allah kerana mengurniakan insan2 seperti mereka dalam hidupku..

Terasa betapa diri ini disayangi..

Terima kasih...

No comments: