Thursday, March 18, 2010

Nilai seorang insan..

disclaimer:i hope u r not mad aya..this entry is again about him..hehe..


Mungkin dia hanya pasir..Yang tidak punyai apa2 nilai..Tapi pasir inilah yang membahagiakan aku..
Mungkin dia tidak semahal dan semewah berlian..tapi bukan berlian yang aku dambakan hanya dia..
Namun aku yakin pasir juga bisa menjadi berlian di bwh tekanan kerna aku percaya dia boleh jadi apa sahaja yang dia inginkan..
Aku tidak punyai sebarang ilusi terhadap dirinya..Tidak pernah kubayangkan dia seperti putera raja ataupun romeo yang diidamkan oleh kebanyakan wanita..Bagiku dia adalah dia..Tiada yang lain sepertinya cuma dia..Dia insan biasa yang cukup istimewa bagiku dan kuharap hanya untukku..
Aku sedar akan kekurangan dirinya..Mungkin kini ku bahagia dengan dia dan mungkin esok tidak..Mungkin hari ni aku mempercayainya dan mungkin esok tidak..Aku tidak mengagungkan kebaikannya dan tidak juga aku membenci keburukannya..Tidak mengharapkan kata manisnya juga tidak menolak kritikannya..
kerana aku tau dia tidak sempurna..seperti aku..n aku sedia terima dirinya seadanya..baik buruknya..

bagaimana inginku pinta sesuatu yang lebih baik darinya?sedangkan dia cukup sempurna buat ku..


aku cuma syg dia..tidak dapat ku ramal apa y akan terjadi esok..tapi akan ku pastikan detik bersamanya bukan satu penyesalan..akan ku hargai hari ini kerana esok belum pasti..yang ada cuma harapan..semoga hubungan ini akan berkekalan...


-ilu-

4 comments:

FrOgiE said...

touching gle....

MySuaraHati said...

romantik abes..
i likeeeeeeeeeeeee..

iNtAn sHaFiNaZ said...

tacing sgt...
huhu...
bleh nanges tue.

mashi_amie said...

hehe..mood jiwang datang..ikhlas dr ati..